Nak Tahu Baka Lembu Terbaik Malaysia? Baca artikel penuh di sini ..

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

 

Terdapat pelbagai jenis ternakan LEMBU di Hj Don Farm seperti KK, Brahman, Feral, Saanen, Bebiri, Jamnapari, Dopper, serta kerbau. Syarikat Hj Don Farm juga sediakan perkhidmatan penghantaran.

BAKA PEDAGING TERBAIK

Berikut adalah antara baka-baka lembu yang berpotensi tinggi dalam penghasilan industri daging di Malaysia:

  • Kedah Kelantan (K.K)
  • Kacukan Komersial Australia (Australian Commercial Cross)
  • Kacukan Friesian – Sahiwal (Mafriwal)
  • Local Indian Dairy (L.I.D)
  • Droughtmaster Brahman
Baka – baka yang berpotensial untuk pengeluaran daging dari segi prestasi dan kemudahan mendapatkan bekalan di negara ini ialah :-

 

a) Kedah-kelantan (KK)

  • Warna coklat kekuningan atau hitam
  • Baka lembu pedaging tempatan
  • Sangat sesuai dengan iklim dan persekitaran negara ini
KK penjantan (http://zulkifliishak.fotopages.com/?entry=1507905)
KK pembiak (http://zulkifliishak.fotopages.com/?entry=1507905)

b) Brahman

  • Berasal dari India
  • Berwarna putih, kelabu, merah
  • Mudah dikenali kerana ada bonggol di tengkuk dan telinga panjang
  • Mudah beradaptasi dengan persekitaran
  • Berat dewasa mencapai 181 kg semasa umur setahun
http://www.ansi.okstate.edu/breeds/cattle/brahman/

c) Hereford / Hereford x KK

  • Hereford tulen atau kacukan dengan baka tempatan seperti KK
  • Kebanyakannya mempunyai tanduk pendek dan tebal serta agak berpintal
  • Kadar kelahiran sehingga 73%
  • Jinak, cepat membesar dan daging berkualiti tinggi
http://en.wikipedia.org/wiki/File:Hereford_bull_large.jpg


d) Droughtmaster

  • Hasil kacukan Brahman dengan Shorthorn.
  • Berasal dari Utara Australia.
  • Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna coklat atau merah gelap.
  • Matang bila mencapai umur purata 630 hari.
  • Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari.
  • Berat mencapai lebih kurang 330 kg apabila mencapai umur 2 tahun.
Droughtmaster

e) Kacukan Komersial dari Australia (Australian Commercial Crosses)

  • Dihasilkan di Australia, hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging.
  • Antara jenis-jenis yang terlibat ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford.
  • Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak, dan harga yang berpatutan.
Australian Commercial Crosses

f) Local Indian Dairy (L.l.D.)

  • Campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole dari India.
  • Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu KK.
  • Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging.
  • Lembu baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana.
  • Tahan kutu dan jangkitan penyakit.
  • Berat matang ialah 280 kg.
  • Anak yang dilahirkan ialah di antara 18- 20 kg beratnya.
L.I.D

g) Kacukan Friesian Sahiwal (Mafriwal)

  • Berwarna hitam kemerahan.
  • Hasil kacukan antara betina jenis Friesian dan jantan jenis Sahiwal.
  • Dihasilkan di New Zealand dan Australia untuk dipelihara di Malaysia.
  • Boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000 kg.
  • Purata berat anak semasa lahir 24 kg dan berat matang ialah 360 kg.
  • Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37 kg sehari.
mafriwal

Kepada yang nak booking lembu atau kambing untuk ibadah korban atau pun ibadah akikah, boleh berhubung dengan Hj Don Farm di talian 017-9000964.

Leave a Reply