Apakah jenis-jenis ibadah korban? Baca artikel penuh disini..

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

1: Apakah jenis-jenis ibadah korban?
Jawapan:

i. Korban sunat, iaitu menyembelih binatang ternakan yang tertentu dengan niat taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah S.W.T. pada Hari Raya Eidhul Adha atau Hari Raya Haji.

ii. Korban nazar, apabila seseorang bernazar untuk menyembelih korban, maka wajiblah atasnya menunaikan nazarnya itu. Wallahuaklam

 

2: Apakah yang dimaksudkan dengan korban nazar?
Jawapan:

Maksud korban nazar ialah apabila seseorang itu mengatakan bahawa jika dia mendapat apa yang dihajatinya dia akan menyembelih haiwan korban, maka wajiblah ke atasnya menunaikan nazarnya itu. Bahkan Imam Nawawi menyatakan bahawa apabila telah terlewat hari yang ditentukan untuk penyembelihan korban dan ternyata saudara terlupa untuk menyembelih korban yang dinazarkan itu, maka wajiblah bagi orang yang bernazar tadi menyembelihnya ketika dia teringat, walaupun telah berlalu waktunya.

Wallahuaklam

 

3: Apakah yang dinamakan korban wajib?
Jawapan:

Korban wajib ialah apabila seseorang membeli seekor kambing atau lembu atau unta dengan mengatakan bahawa ‘haiwan ini adalah untuk sembelihan korban’, atau ‘aku beli haiwan ini untuk korban’, maka adalah wajib beliau menyembelih haiwan tersebut sebagai korban pada hari raya korban.
Wallahuaklam

 

Kami berharap artikel ini menjelaskan soalan popular ini.

Jika anda ingin melaksanakan Aqiqah dan Qurban tahun ini, sila hubungi 017-7240067 (Omar) / 072325105 (Pejabat).

Lawat www.lembukorban.com.my (bagi perkhidmatan sepanjang tahun Akikah) atau

Lawati www.lembukorban.com.my (untuk Korban dan Akikah semasa tempoh Haji)

Jazakallah

Pasukan Korban Johor

Leave a Reply