CARA MUDAH KENAL GIGI LEMBU KORBAN CUKUP UMUR !

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Assalamualaikum wbt…
Ni kami nak share dari seorang hamba Allah..semoga perkongsian ini..dapat memberi pemahaman pada kepada yang nak buat ibadah korban tahun ini..juga semoga sedikit perkongsian ini beliau dapat mamfaat dan pahala tentang ilmu ni dari Allah s.w.t…In shaa Allah..

Memandangkan ada yang bertanya tentang bagaimana menentukan lembu yang cukup umur, di sini saya kongsi sedikit ilmu mengenainya..mudah mudahan bermanfaat untuk semua.

Dari Jabir bin Abdillah رضي الله عنه, sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم:

لاَ تَذْبَحُوا إِلاَّ مُسِنَّةً إِلاَّ أَنْ يَعْسُرَ عَلَيْكُمْ فَتَذْبَحُوا جَذَعَةً مِنَ الضَّأْنِ

Maksudnya: “Jangan kamu menyembelih korban melainkan yang telah musinnah kecuali jika kamu sukar mendapatkannya, maka sembelihlah anak daripada biri-biri.” (Hadis riwayat Muslim)

Adapun musinnah itu ialah ats-tsaniy (yang gugur gigi hadapannya) daripada binatang ternakan unta, lembu dan kambing. Maka ukuran umur bagi binatang korban itu ialah:

1. Unta yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya lima tahun dan masuk tahun keenam.

2. Lembu, kerbau dan kambing yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya dua tahun dan masuk tahun ketiga.

3. Manakala kambing biri-biri dan kibasy memadai yang berumur cukup satu tahun atau yang gugur gigi hadapannya walaupun belum cukup umurnya satu tahun dengan syarat telah melimpasi umurnya enam bulan. (Al-Majmu‘ 8/286-287 dan I‘anah ath-Thalibin 2/518 karangan imam Nawawi)

c) Jelas melalui kata2 imam Nawawi di atas CUKUPNYA UMUR LEMBU 2 TAHUN DITANDAI DENGAN GUGUR DUA GIGI SUSUNYA DAN DIGANTI DENGAN DUA GIGI KEKAL, yang mana saiznya lebih besar dari gigi susu.

d) jadi mana2 individu yang mendakwa lembunya sudah cukup umur tapi belum gugur gigi susunya sebanyak 2 batang maka dia telah BERBOHONG dalam perkara ini.

Contoh gambar dibawah lembu cukup umur dua gigi hadapan lebih besar dari gigi disebelah kiri dan kanan. Berbanding lembu tidak cukup umur gigi hadapan sama dengan lainnya tanda masih bergigi susu. Wallahualam.

ini contoh gigi lembu korban cukup umur

perhatikan dua gigi di tengah tu saiz dan bentuk amat berbeza dengan gigi susu. manusia @ taukeh lembu korban boleh tipu tarikh & umur lembu tapi tanda semulajadi mrk tidak mampu tipu

ini pula contoh gigi lembu yang belum cukup umur.

Perhatikan dua gigi tengah yg sama dengan gigi susu yang lain.

 

Semoga bermanfaat untuk para pembaca umat muslimin semua yang mahu melakukan ibadah lembu korban.

Leave a Reply